Friday, June 27, 2008

SAJAK



Tertipu Laungan


Aku masih ingat…

Subuh itu

Aku bangun dari perbaringan

Walhal ada yang masih lena di kala itu

Mungkin aku terpilih kerana percaturan yang aku sendiri tidak tahu

Laungan tersebut dari mulut seorang gembala

Mengenai perjuangan membebaskan bangsa..pertiwi.. minda. dan agama

Ramai pemuda pemudi

Dari segenap lorong keramat dan kedai kopi

Terdengar paluan hiruk pikuk gendang peperangan

Bergegar seluruh bumi serta umat timur dan barat

Bangkit kejalanan!

Kami keluar…

Mencari agar ketemu…

Pemukul gendang dan panglima perang yang bersilat ditengah gelanggang

Hati kami luka luka kecil

Badan letih lesu tapi puas

Pencarian kami hujungnya longlai

Tidak ada pertempuran hebat mahupun orang bersilat digelanggang

Mempertahankan agama…bangsa…pertiwi dan minda

Di atas bukit tinggi itu…

Yang ada hanya

Pertandingan bogel membogelkan air muka dua orang pelakon utama

Pertandingan bogel membogelkan…

Sketsa opera

laungan…gendang…dan hiruk pikuk peperangan semakin surut

Akhirnya marhein..

ulamak..

ibu bapa.

mahasiswa

dan pelajar tabika jualah yang setia di rumah setinggan

makan nasi lauk kepala ikan bilis di atas pinggan ayan

rentetan peperangan ilusi minda pemimpin keparat

Tidak adapun pertemuan baru yang membahagiakan kami

Kami pulang ke rumah masing masing

Untuk tidur

Dan di subuh berikutnya tiada lagi laungan penipuan gembala itu

Yang jelas hanya…

Kedengaran laungan muazin di hujung kampong

Mempersilakan tetamu istimewa berkumpul mencari redha

Kami sedar mungkin rahmat telah turun semula

Setelah kami tertipu seketika mendengar laungan gembala dahulu

Lalu segerombolan umat sekali lagi sedar dan pergi ke jalanan

Kali ini sedikit berbeda

Tidak ada gendang…panglima..orang bersilat ataupun gembala

Tetapi yang ada hanya gelanggang seluas alam maya

Dan terpulang kepada kami untuk bersilat atau tidak

Dihadapan PENCIPTA kami…



fauzi-MFA

TELAH DI DEKLAMASIKAN PADA MALAM KEMBARA SENI 2005

KOLEJ ALAMANDA KAMPUS TETAP UNIMAS

No comments: